Saturday, February 6, 2010

cinta bukan tuhan!

Daripada Abu hurairah r.a. bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Allah berfirman, ‘Jika hamba-Ku
suka berjumpa dengan-Ku, maka Aku
pun suka berjumpa dengannya. Jika ia
benci berjumpa dengan-Ku, maka Aku
pun benci berjumpa dengannya”.
(Riwayat Bukhari)

Mari kita renung sejenak..

Cuba tanya pada diri kita siapakah yang mengurniakan rasa
cinta di dalam hati setiap manusia?
Jawapannya tentulah Allah..

Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati.
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada
persoalan asas,iaitu untuk apa manusia dijadikan? Ini
adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia
adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia
diciptakan Allah. Tidak lain tidak bukan, hanya untuk menjadi
hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan.
Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.

Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia
pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia
melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta memang penting!! tetapi ibadah dan menegakkan
hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini
sangat jarang difahami dan dihayati.

Apabila tujuan suci dan hakiki cinta diketepikan, terselitlah
tujuan keji dalam bercinta. Cinta yang berbaur dengan
kehendak seks dikecam oleh Al- Farabi: “ Cinta yang berlandaskan
nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan Tuhan
kepada haiwan”.

Eksploitasi dan manipulasi cinta tidak akan memberi kebahagiaan
kepada sesiapa sama ada lelaki mahupun perempuan.
Melayani nafsu, umpama meminum
air laut...semakin diminum semakin haus.

Akhirnya, letakkanlah cinta sebgai alat
untuk beribadah kepada Allah kerana itulah
yang sebenar-benarnya.

dipetik dan diubah suai dari tulisan ustaz Pahrol Mohamad