Wednesday, February 23, 2011

~SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN ALQURAN~

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:“ Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”

Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.

Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) .
Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.

Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imam-imam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

Wednesday, September 1, 2010

lailatul qadr




bismillah wal hamdulillah..
lama benar dh x update blog..
tp bgus jgak sebenrnya update blog ni..
drpd buat bnd lain yg x brmanfaat..
lbh baik tulis blog...
mlainkn ad keje yg lbih ptg..

sedeyny hati..
mlm td mlm 23 ramadhan..tp xbgun sahur..
2 la spe sruh tdo lwat n makan sblm tdo..
mujur hari ni ak tgk panas je..
inAllah mlm td bkan mlm lailatul qadr..
sbbny..ketika mlm lailatul qadr..malikat sume trun ke langit dunia..
sayap malikat yg brlapis2 naik ke atas kemabli pd esok pgnye..
akan mghlg chaya sampai ke bumi

alangkah ruginy...
kita sdh dikurniakan dan dihadiahkan mlm lailatul qadr..
cma xtau mana satu antara 10 mlm trakhir..
tunggu bramal je..
tp knape kdg2 xd prasaan pn..
nk tunggu ke..
nk bgn bribadat ke..

pd ms 2.. kna cek blik iman..sumthing wrong with iman..

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

mlm ni mlm 24..

ms g klcc hr 2 dgr ceramah ust zulkarnain..
bes sgt..
dia mengeluarkan bbrp pndpt ulama' ttg mlm lailatul qadr
salah satuny mngatakan bahawa kalu bulan puasa 2 31 hari..
mk mlm ganjil jatuh ps 20, 22, 24, 26, 28,30

kalu puasa 2 30 hari,
mlm gnjil jatuh pd 21, 23 , 25, 27, 29..

kita tau ke puasa pd thn ni bpe..
jd, bramalah x kra mlm bpe..asal ia 10 mlm trakhr..
moga2 Allah pandg ap yg kita lakukan..

bgnlah mlm..slps tdo..
tunikan solat walu 2 rakaat..
inAllah..
la hau la wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim..

Friday, July 16, 2010

ujian

hari ni 17/1/2010..
akhirny dpt jgak ak update blog..

dlm fikiran ni xd ape nk tulis..
tp nk tulis jgk..
sbb dh lma xtulis..

sbnarnye ak rindukan sgt2 saat2 berada di pondok..
menuntut imu bersama dgn ustz2 yg ikhlas mengajar...
brsama adk2 yg suci, bersih dan murni..
mmg rindu adk2..

nk peringtkan satu ayt yg biasa didgr..

surah al-ankabut ayat 2..
apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?

kehidupan ni mmg satu ujian..kesenagan, kesusahan dan segala yg trjd dlm hidup ini adalah ujian..sume Allah uji sbb nk mbezakan antara org yg briman dgn kurang beriman..

sbg manusia, kdg2 kita gagal..

ujian dtg dlm plbgai btk..kdg2 hasutan syitan dtg tnpa kita sdari..beruntunglah org yg sent dpt menepis hasutan itu..dan merugilah org yg sent menambah titik hitam pd hatinya..

betapa indahnya dpt mnjd org yg sabar dgn segala btk ujian..

yg ptg ak xblh lari dr ujian and i must face it!

Tuesday, April 27, 2010

pengisian yg brmakna






lame sgt dh trgin nk tulis kt blog ni..
ttg pengisian yg dpt hr 2..
sbbny..
ia sgt brmakna..
hati ni mkin berkart kalu lama xdgr pengisian..

ust zulkhairi mneceritakan ttg tjuk amal islami dgn bg2 luas sekali..
pengisian yg berisi..

ak stat ambik pen dan buku..
apabila dia mnyntuh ttg..
apakah perkara yg merosakkan amal islami..
sdgkan slame ni berapa pengisian ak dgr..tp xcatiti pn..

amal islami merupakan amalan2 baik sbg seorg muslim..
trbhg kpd 2 iaitu amal jamie dan amal ijtimaie..
nm sy pn amal..=)

jd apekah perkara yg merosakkan amal islami?..
ad 3..
iaitu riak, sum'ah'(memperdengarkan), ujub(kagum pd diri sndr)..

ust menekankan bhw bnd2 ni sume org rs..tp mcm mn kita menepisnya..
huh..sungguh..mujahadah i2 perlu..

ape plak tanda2 riak?
ad 4..
apbila dipuji mnmbhkan amalan, apbila dkeji mnghentikan amaln...
apbila di khlayak rami brsungguh2, apbila seorg diri mls..
ustz mneyatakn bhw bila ckup 4 bru jd riak..


sungguh bhaya riak itu..krn riak merupakan syirik kecil..

tp kalu kita rasa kta buat sesuatu amaln 2 riak..atau rs bangga diri..
kta kena trus brhnt ke dr buat amalan 2?..
bgi2 menarik soalan yg ditnye oleh seorg adk..

hmmmmm..

ust beri kata2 satu ulam'..sy pn xingt nm dia..
dia brkata..bramal krana manusia adlah syirik, brhenti krana manusia adlah riak..
sbg mnjwb soalan i2..
respon ust..xperlu brhnt drpd solat ataupn ape2 amalan yg sdg dlakukan..
krn mungkin berhnt buat amaln tersebut juga dtgnye dr syaitan..
ust mncdgkan blh brhenti skjp..ambk wudhu' sbg mnghina nafsu..dan truskan amalan..

hadith nabi S.A.W..
thalatha muhlikat wa thalatha munjiyat..
3 perkara yg membinaskan dan 3 perkara yang menyelamatkan..

3 perkara yg menyelamatkan ialah..
takut kepada Allah Ta'ala dalam keadaan sendiri mahupun ramai, berlaku adil dalam keadaan suka ataupun marah dan hidup sederhana ketika miskin dan kaya

3 perkara yg membinasakan..

keinginan yang selalu dituruti, sifat bakhil yang dipatuhi dan sifat ujub (bangga) terhadap diri sendiri

the moral of the story..
ikhlaslah dlm melakukan aml islami..
dan bersama2lah kita memperbykan aml islami..

Friday, April 2, 2010

bismilaahirrahmanirrahim..
dgn nama Allah y maha pemurah maha penyayng

membaca blog ust pahrol mohd juoi..genta rasa
sgt mnginsfkan dan membuat ak tersentuh..

btapa rendahnye iman, betapa bnyknye dosa diri ini..
mnjdkan diri ak sdar..
kta ingin mentarbiah org lain tp setakat mn diri dtarbiah..
walau apa pn..
ku tabahkan jua..

bak kata ust zaharuddin..
krana ia mmg satu kewajipan n t/jwb..
nk xnk..kita yg harus cba mmbaiki diri sndr..
spy slaras dgn apa yg diseru..

satu kata2 kak aina yg ckup utk mmbuatkan ak menangs..
apabila dia mncritakan ttg seorg yg brtnye kpd seorg ulma'...
knapa dia sgt ssah utk bngun pg utk qiamullail atau solat subh awal..
dan ulama' itu mnjwb..
krana dirimu sdah trbeban dgn dosa..
mnyebabkan kamu ssah bgn

ya Allah..

mngkin crita ini bkn dr hadith atau sumbr yg btol2 sahih..
tp ckuplah skadar utk kta muhasabh diri kmbali..

btapa rami hr ini yg subuh pkul 7 setiap hr..
brapa kali kita bgn qiam dlm seminggu atau sebulan seklipn..bpe kali sdah kita bgn..
bpe kali subuh dlm seminggu kita smpat brjemaah..
sdgkn rasulullah sgt menkankan solat subuh brjemaah..
bpe rami yg bgn mlm tp xd rase nk solat tahajud..

kembalilah iman ke dlm diri..
krana pdMu km akan kembali..
membawa sekepng hati bertemu Mu..
ketenagan jiwa dan hati yg bersih itu yg km nk bw ya Allah..
tdak trbayang bgaimana ingn km brtemu pncpta km dgn hati yg bsk dan amal yg sdikit..
ya Allah..berilah km pluang..

dtglah ikhlas spaya sgala aml diterima..
berilah km kekuatan ya Allah..

apa yg plg pentng..
bkn dr kita sorng je nk bwk msk syurga..
tp sygilah dan kasihilah org lain juga..
utk sm2 kita msk syurga brsama..

sudah matikah hati kita..
apabila air mata tetap beku..xmngalir..
sdgkn dosa mnggung tnggi..

hsablah diri sndr sblm diri dihisab di akhrt sana..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, April 1, 2010

hati yg sayu

Apabila membaca banyak kes2 penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi..terasa sgt sayu..bilakah segalanya akan berakhir? Cukuplah..x snaggup sudah sy menghadap segala kezaliman k eats kanak2 yg langsung tidk berdosa..

Mengapa segala ini terjadi?

Tidak lain dan tidak bukan kerana manusia sudah jauh lari dari Allah dan tidak lagi mengenal penciptaNya yang sebenar.

Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumbu dan sumber kebaikan dalam hidup di dunia ini. Tanpa cinta Allah, manusia tidak akan dapat mengasihi sesama manusia.

Iman yang subur dalam hati manusia tidak akan membiarkan perasaan benci dan zalim menakluk hatinya…apatah lagi untuk mendera seorang bayi atau kanak-kanak yang tidak bersalah.

Anehnya, mengapa manusia kini sudah hilang belas kasihan dan kembali ke zaman Jahiliah ketika umat Arab membunuh bayi-bayi perempuan mereka?
Begitu indah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi apabila menjawab persoalan ini..

Tentulah kerana hati manusia yang mendera itu sama dengan hati orang Arab jahiliah.
Hati yang karat dengan berhala. Jika dahulu manusia menyembah berhala batu, kini manusia (yang beragama Islam) menyembah berhala nafsu dalam diri sendiri. Nafsu menyebabkan hati nurani menjadi rapuh dan kotor.
Nafsu menjadi penjana sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, rakus, dendam, gila dunia, cinta nama dalam diri manusia. Dan bila mazmumah sudah bertakhta, kasih sayang dan cinta sesama manusia akan sirna.

Ramai orang mengaku mengenal Allah..tapi cuba nilai kembali benarkah kita benar-benar mengenal Allah atau sekadar mengetahui sabagai satu teori atau pelajaran.
Amat besar bezanya antara tahu dan kenal. Tahu itu di akal, kenal itu di hati. Ramai orang yang tahu Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya tetapi sedikit sekali yang benar-benar kenal akan sifat-sifat kesempurnaan Allah itu. Jika kita hanya tahu Allah Maha melihat tidak akan benar-benar mendorong manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tetapi apabila manusia kenal sifat-sifat Allah, barulah dia merasa Allah melihat, mendengar dan sebagainya.

Bagaimana?

Imam Ghazali r.h.m telah menjawab pertanyaan hati anda dan saya melalui katanya:
“Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah menyibukkan diri dengan membaca Al Quran dan tahfiznya, membaca hadis dan maknanya serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan ini akidah anak-anak akan bertambah kukuh…”

Cukuplah segala kezaliman yang berlaku. Setiap diri perlu kembali mengingati dan mencintai Allah..kerana hanya dengan itu sahajalah segala kejahatan akan dapat dihapuskan.

Saturday, February 6, 2010

cinta bukan tuhan!

Daripada Abu hurairah r.a. bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Allah berfirman, ‘Jika hamba-Ku
suka berjumpa dengan-Ku, maka Aku
pun suka berjumpa dengannya. Jika ia
benci berjumpa dengan-Ku, maka Aku
pun benci berjumpa dengannya”.
(Riwayat Bukhari)

Mari kita renung sejenak..

Cuba tanya pada diri kita siapakah yang mengurniakan rasa
cinta di dalam hati setiap manusia?
Jawapannya tentulah Allah..

Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati.
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada
persoalan asas,iaitu untuk apa manusia dijadikan? Ini
adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia
adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia
diciptakan Allah. Tidak lain tidak bukan, hanya untuk menjadi
hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan.
Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.

Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia
pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia
melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta memang penting!! tetapi ibadah dan menegakkan
hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini
sangat jarang difahami dan dihayati.

Apabila tujuan suci dan hakiki cinta diketepikan, terselitlah
tujuan keji dalam bercinta. Cinta yang berbaur dengan
kehendak seks dikecam oleh Al- Farabi: “ Cinta yang berlandaskan
nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan Tuhan
kepada haiwan”.

Eksploitasi dan manipulasi cinta tidak akan memberi kebahagiaan
kepada sesiapa sama ada lelaki mahupun perempuan.
Melayani nafsu, umpama meminum
air laut...semakin diminum semakin haus.

Akhirnya, letakkanlah cinta sebgai alat
untuk beribadah kepada Allah kerana itulah
yang sebenar-benarnya.

dipetik dan diubah suai dari tulisan ustaz Pahrol Mohamad