Thursday, April 1, 2010

hati yg sayu

Apabila membaca banyak kes2 penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi..terasa sgt sayu..bilakah segalanya akan berakhir? Cukuplah..x snaggup sudah sy menghadap segala kezaliman k eats kanak2 yg langsung tidk berdosa..

Mengapa segala ini terjadi?

Tidak lain dan tidak bukan kerana manusia sudah jauh lari dari Allah dan tidak lagi mengenal penciptaNya yang sebenar.

Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumbu dan sumber kebaikan dalam hidup di dunia ini. Tanpa cinta Allah, manusia tidak akan dapat mengasihi sesama manusia.

Iman yang subur dalam hati manusia tidak akan membiarkan perasaan benci dan zalim menakluk hatinya…apatah lagi untuk mendera seorang bayi atau kanak-kanak yang tidak bersalah.

Anehnya, mengapa manusia kini sudah hilang belas kasihan dan kembali ke zaman Jahiliah ketika umat Arab membunuh bayi-bayi perempuan mereka?
Begitu indah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi apabila menjawab persoalan ini..

Tentulah kerana hati manusia yang mendera itu sama dengan hati orang Arab jahiliah.
Hati yang karat dengan berhala. Jika dahulu manusia menyembah berhala batu, kini manusia (yang beragama Islam) menyembah berhala nafsu dalam diri sendiri. Nafsu menyebabkan hati nurani menjadi rapuh dan kotor.
Nafsu menjadi penjana sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, rakus, dendam, gila dunia, cinta nama dalam diri manusia. Dan bila mazmumah sudah bertakhta, kasih sayang dan cinta sesama manusia akan sirna.

Ramai orang mengaku mengenal Allah..tapi cuba nilai kembali benarkah kita benar-benar mengenal Allah atau sekadar mengetahui sabagai satu teori atau pelajaran.
Amat besar bezanya antara tahu dan kenal. Tahu itu di akal, kenal itu di hati. Ramai orang yang tahu Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya tetapi sedikit sekali yang benar-benar kenal akan sifat-sifat kesempurnaan Allah itu. Jika kita hanya tahu Allah Maha melihat tidak akan benar-benar mendorong manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tetapi apabila manusia kenal sifat-sifat Allah, barulah dia merasa Allah melihat, mendengar dan sebagainya.

Bagaimana?

Imam Ghazali r.h.m telah menjawab pertanyaan hati anda dan saya melalui katanya:
“Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah menyibukkan diri dengan membaca Al Quran dan tahfiznya, membaca hadis dan maknanya serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan ini akidah anak-anak akan bertambah kukuh…”

Cukuplah segala kezaliman yang berlaku. Setiap diri perlu kembali mengingati dan mencintai Allah..kerana hanya dengan itu sahajalah segala kejahatan akan dapat dihapuskan.

No comments:

Post a Comment