Thursday, October 20, 2011

muhasabah

bismillahirahmanirrahim..
lama sgt dh xmencoret dkat sni..
sblum trlena, pada mlm jumaat yg mulia ni..trase sgt nk memuhasbh diri..
dgn tulis sumthing dkt blog yg brhbuk ni..
moga ad mnfaat..~

just left 4 minutes 4 me to write sumthing..
in doing anything in ourlife, we must be discipline..
put target and follow your target!

sume org tidak trleps dr ujian dlm hidup ji..
bruntnglah diuji krn Allah msh syg pd kita..
Allah mahu kita sent ingt pada-Nya..
Allah nk kita kembali pada-Nya..
Allah syg sgt pd kita..!

melalui hari2 yg telah berlalu..
byk rs kurg..of course no one is perfect..
but let we think, why Allah give problems to us..
why Allah tests us..

mungkn saja kita sdah mkin jauh dari-Nya..
hati ini dh byk sgt maksiat pada-Nya..
kasih pada-Nya dh mkin kurg..
Allah loves us very much and He wants us to get close to him..
forever n ever..

bila brlaku seuatu kekurng..koreksilah diri blik..
mungkin kerna kaffarah dosa.
berutunglah org yg dihapuskan dosa-Nya..~

Ingtalh, org mukmin itu sent mudah urusannya..dpermudahkan oleh Allah..~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan: hadiah y paling brmakna

Hari ini 2 Ramadhan. Ramadhan sudah tiba, hari raya Aidilfitri pun semakin hampir.

Menjelang musim perayaan, semua orang berpusu-pusu membeli barangan dan pakaian dek kerana banyaknya diskaun dan promosi yang ditawarkan. Tawaran-tawaran tersebut julung-julung kalinya diadakan dalam setahun sempena musim perayaan. Begitu juga dengan bulan Ramadhan. Ganjaran sempena bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali malah ganjarannya berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Kemuncak tawaran sempena Ramadhan ini adalah syurga yang penuh dengan kenikmatan. Sungguh bulan Ramadhan itu hadiah yang sangat istimewa buat umat Nabi Muhammad S.A.W. Hargailah ia selayaknya.

Sedihnya, ramai di kalangan masyarakat kini menghadapi Ramadhan secara ala kadar sahaja berbanding persiapan menuju hari raya yang sungguh meriah. Begitukah sikap kita apabila menerima hadiah dari Rabbul ‘alamin, sedangkan apabila manusia memberi kita hadiah, kita sangat menghargainya?

Daripada Salman r.a. ia berkata: “Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]

Oleh sebab itu, setiap orang yang beriman sangat menanti-nantikan kehadiran bulan ini dan berusaha mempertingkatkan amalan sempena bulan yang mulia ini. Meriahnya menyambut Ramadhan bukan sahaja dengan juadah berbuka yang pelbagai tetapi juga amalan yang pelbagai. Adakah kita ingin menghadapi sebuah bulan yang penuh dengan keistimewaan dengan semberono sahaja seperti bulan-bulan lain. Bersyukurlah kepada Allah yang masih memberi kita peluang untuk menikmati Ramadhan kali ini. Sungguh masih tidak terlambat untuk bersedia, kita masih ada 29 hari untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan ini.

Cuba imbau kembali post-mortem Ramadhan yang lepas. Adakah kita telah buat sehabis baik dalam Ramadhan tersebut? Sudah pasti kita tidak mahu penyesalan-penyesalan Ramadhan yang lepas berulang kembali pada Ramadhan kali ini. Rugilah orang-orang yang tidak menghargai Ramadhan yang tiba ini kerana mungkin sahaja Ramadhan yang datang ini Ramadhan yang terakhir.

Maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Sungguh indah setiap ibadah itu apabila dihayati, termasuklah ibadah puasa. Nikmatnya apabila setiap ibadah yang dilakukan terasa kemanisannya. Sungguh setiap insan ingin mengecapi kemanisan dalam beribadah, itulah ibadah yang melahirkan ketakwaan. Tidak kira ibadah apa yang dilakukan, walau sekecil-kecil ibadah, ibadah umum atau khusus, hasil yang diharapkan pastinya ketakwaan. Kemanisan ibadah itu berkait rapat dengan kemanisan iman.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Hargailah Ramadhan yang datang buat julung-julung kalinya selayaknya. Sesungguhnya bulan Ramdhan itu seharusnya diberikan perhatian sepenuhnya dengan pelbagai kebaikan serta amal soleh agar kita termasuk di kalangan orang-orang yang beruntung, beruntung di dunia dan akhirat. Semoga ibadah puasa kali ini berjaya melahirkan individu-individu yang punya ketakwaan yang mendalam kepada Allah. Insya-Allah

Wednesday, July 13, 2011

hari ni km diuji




Shbt itu anugerh Allah..

n hari ni Allah menguji sahbat km, prshabtan kami..



Rasailah betapa kerdilnya diri ini, xdpt melawan takdir yg tlh dtetapkan..

as long as we hv tried our best, we already feel satisfied..

even though we want the best result..but who are we?

of couse everybody want to get the best result..

but, REMEMBER..

we r just slave of Allah..

we can try our best but the rest is in His hand..

this is what we call tawakkal..


~ td present in English hbs terabuq, tetiba speaking plak kt sni..huhu....~


betapa Allah syg pd shbtku...sbb 2 dia diuji..

penat lelah menyiapkan..but at last, useless
*sje dringkaskn crita d cni..

because the story is not important but the moral values from the story are the most important


sungguh km yakin ketentuanMu yg trbaik..

ad hkmah d sbalikny..

km redha yaAllah..

moga ujian ini mndktkan km dgnmu ya Allah..~


useless..

dr prkataan ni, trlints di mnda satu perkara..

rsau je sgala amaln yg dilkukn slama ni sia..

kalu krj yg kita bt di dunia ni xdhargai..dh rs sedih sgt..

apatah lg, jika amalan yg dibuat xd nilainy d cc Allah..


ikhlas, tulus, suci..(besny dpt jd bdak2 yd ad sume ciri2 ni..)

dlm mlkukn amaln sgt pntg agr dpandg di sisnya..

Sungguh Allah itu maha pemurah n penyayang..


las but not least,


Katakanlah Muhammad, Apakah perlu km beritahukan kpdmu ttg perbuatan yg plg rugi perbuatanya...? iaitu org yg sia2 prbuatan dlm khidupn dunia, sdgkn mrk mengira tlh brbuat sbaik2nya..(surah ar-ra'd: 103 & 104)


nauzubillahi minzalik...~




























Tuesday, June 28, 2011

Masih terasa kehangatannya


Hijr Ismail
(It is a marbled area with a wall in the form of a
semi-circle with an eastern and a western opening)


Tempat pembaringan Nabi di Hijr Ismail dalam Masjidil Haram di Mekah masih terasa hangat. Baginda baru kembali dari satu perjalanan yang begitu jauh. Namun, tempatnya berbaring sebelum memulakan perjalan sebentar tadi masih terasa kehangatannya. Begitulah yang dikatakan oleh sesetengah riwayat. Begitulah pendeknya masa suatu perjalanan yang begitu jauh.

Itulah suatu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis (Isra’) dan dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha (Mi’raj). Perjalanan itu seharusnya memakan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Namun, peristiwa tersebut tidaklah memakan masa melainkan hanya sebentar sahaja. Subhanallah.Itulah peristiwa yang dinamakan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Peristiwa yang menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah.

“ Maha suci Allahyang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat”

(Surah Al-Isra’ ayat 1)

Sungguh peristiwa ini tidak logik apabila difikirkan oleh akal sungguhpun akal itu waras. Di sinilah neraca iman memainkan peranan yang sangat penting dalam menilai sesuatu. Iman yang membenarkan setiap perkataan yang keluar dari Nabi S.A.W dan juga setiap bait-bait cinta kalam Allah.Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq dan para sahabat telah menunjukkan contoh yang sangat unggul apabila terus mengenepikan logik akal dalam peristiwa ini. Itulah sebab Saidina Abu Bakar digelar as-siddiq, yang membenarkan setiap patah perkataan Nabi S.A.W. Sedikit keraguan mengenai peristiwa ini bermakna kekufuran.

Begitulah dalam kehidupan seharian. Iman mesti mandahului akal. Perintah Allah dan Rasul berada di ranking yang tertinggi, atas daripada rasa hati sendiri mahupun permintaan sesiapa pun.

Sungguh peristiwa Isra’ Mikraj ini pelik, tak tercapai dek akal manusia. Inilah yang dinamakan mukjizat. Mukjizat yang diberikan kepada Nabi kita yang tercinta. Di saat Nabi sedang berdukacita dengan kematian dua insan yang tersayang iaitu isterinya dan bapa saudaranya, Allah menggembirakan hati baginda dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Nabi berkesempatan bertemu dengan Allah ketika naik ke Sidratul Muntaha dan menerima kewajipan solat.

Satu perkara yang sangat penting. Nabi naik bertemu Allah di Sidratul Muntaha setelah melalui 7 lapisan langit, bukan bermakna Allah itu menetap di Sidratul Muntaha. Maha suci Allah dari bertempat. Tiada sesuatu pun yang wujud sebelum Allah tidak kira langit, bumi mahupun ‘arasy. Allah sudah sedia wujud tanpa perlu kepada sesuatu yang lain. Kemudian, Dialah yang mencipta segala sesuatu di atas muka bumi ini.

Peristiwa yang berlaku lebih kurang 1431 tahun yang lalu ini akan sentiasa terpahat di minda orang-orang yang beriman. Walau peristiwa ini telah lama berlaku, masih terasa kehangatannya dalam hati orang-orang yang beriman. Dulu, kini dan selama-lamanya.


Saturday, June 11, 2011

semoga sempat bertemu denganmu...~

Alhamdulillah..akhirnya, blog ak kembali bernyawa...~

Dalam menikmati cuti semester yang begitu panjang,tanpa disedari bulan Rejab sudah pun dijejaki. Apa persediaan kita untuk menghadapi tiga bulan yang mulia ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan?




Hubungan antara ketiga-tiga bulan mulia ini terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Kita sememangnya digalakkan sentiasa berdoa memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah. Walau bagaimnapun, betapa ‘special’nya bulan Rejab dan Syaaban apabila terdapat satu doa khusus apabila tiba kedua-dua bulan ini. Ia merupakan satu sunnah nabi dalam memohon hidayah dan rahmat-Nya dalam menuju bulan Ramadhan, penghulu segala bulan.

Keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram (Bulan Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab). Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
(QS At Taubah [9]: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.


Marilah sama-sama kita berdoa agar diberi kekuatan dan semangat yang berterusan dalam melaksanakan ibadah daripada sekarang sehingga bertemu denganNYa....

"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)".

Moga dengan kehadiran bulan Rejab ini mampu menyucikan hati dan membersihkan hati dari segala kecacatan agar ketibaan bulan Ramadhan nanti dapat disambut dengan sekeping hati yang bersih dan ikhlas. Sungguh bulan Rejab dan Syaaban ini merupakan satu anugerah dari Allah sebagai satu medan latihan sebelum menempuh bulan Ramadhan yang mulia. Oleh itu, kita digalakkan untuk mempertingkat ibadah puasa sunat dan juga memperbanyakkan ibadah lain seperti solat sunat, mengaji al-Quran dan berzikir.
Semoga kita sempat bertemu dengannya…

Friday, March 11, 2011

di manakah keikhlasan...


bismillahirrahmanirrahim...
perasannye sedeyh bangat ketika ini..
xtau nk kate mcm mana..

saat presentation pd mingu lps trngiang2 lg kt kpala..
ak dh cba yg trbaik..utk presetation i2..
tp.............
ntahlah ya Allah..
byk sgt kena comment..serious ak kecewa..
i am the only one yg nmpak truk sgt..
mcm ni ke student peng islam..di klgn student fak sains..
ak x mampu nk bwk imej islam ya Allah..
sdeyny hati ini..~

sgt risau ya Allah..sgt risau..~
diri ini mnjd fitnah bg agamamu..
sdgkan agamamu adalh yg trbaik..

kjadian ni btul2 bt ak muhasbh diri..~
adakah selama ini ak ikhlas dlm mlakukan gerak kerja islam..
bernilaikah sume i2 d cc Allah..
krna org yg menolng agama Allah, pasti Allah akn menolongnya..
itu janji Allah dlm ayatNya..
pasti ad yg xkena dgn diriku..
hanya empunya diri dan Allah yang maha mengetahui shj yg mengetahui..

di manakah keikhlasan ya Allah..~
dosa2 yg menggung tinggi mnjauhkan diri ini dr rhmatmu..
sdgkn setiap insan mendambakan hidayah dn petunjuk mu ya Allah..
tp mcm mana chy itu akan smpai..jika trhijab dgn dosa..
saat itu pertolongan Allah sgtlah jauh..
dn sgala yg dlakukan hmpir mnjd sia2..

sungguh bkn mudah utk mnjd seorg penggerak gerak krj islam..
xlayak pn hakikatnya..
tp itu satu tnggungjwb dn satu kewajipan..
dlm ms yg sm..
mnjd seorg student peng islam di klgn student fak sains..
sepatutny dn mmg patut setiap insan yg brgelar student api itu mnyedari bhw ke mana shj dia pergi dia mmbawa nm islam..
lbih2 lg student sains gunaan yang blajr brsama2 dgn student fak sains..

tp ape yg dlakukan slama ini ya Allah..
hanya Allah shj yg blh nilai..

bnar2 bt ak muhasbh..ad tngungjwb yg ak abaikan..
mninggalkan grak krj islam utk tumpu kpd pelajaran..
di manakah keikhlasan ya Allah..
bkn xblh tumpu kpd pelajaran..
hakikatnya, mmg mst tumpu kpd pelajaran..
tp jgn sekali2 mngenepikan grk krj Islam..
krn itu satu amanah..~

memikirkan spaya dpt bt yg trbaik dan sebalikny yg ak dpt..
ini kaffarahnya..~

bantulah hmba2 in ya Allah dlm mncr jalan pulang..~

Wednesday, February 23, 2011

~SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN ALQURAN~

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:“ Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”

Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.

Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) .
Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.

Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imam-imam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.